Monday, November 12, 2018

BIODATA PENULIS

Nama yang diberikan ialah Noraini Ismail. Saya telah berkecimpung selama lebih kurang 15 tahun dalam bidang pendidikan secara langsung dan tidak langsung. Walaupun saya mempunyai kelulusan akademik yang berbeza dari bidang yang saya ceburi sekarang, namun kerana minat yang mendalam terhadap dunia pendidikan saya telah menceburi bidang TUISYEN ini. Saya berkelulusan Bachelor Ekonomi, 2003 dan Sarjana Ekonomi, 2015 dari Universiti Putra Malaysia.

Pada awal penglibatan saya dalam dunia pendidikan adalah apabila saya membuka perniagaan TASKA TADIKA pada tahun 2006. Semasa menjalankan perniagaan saya telah berjaya memperolehi beberapa sijil dalam bidang ini. Saya mempunyai Sijil Pendidikan Awal Kanak-Kanak di bawah Universiti Islam Antarabangsa dan Sijil Kursus Asuhan Awal Kanak-Kanak dari Kebajikan Masyarakat Malaysia. Selain itu, saya juga telah berjaya memperolehi Sijil mmmmmmmmmmm dari Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan.

3 tahun kemudian saya mengambil keputusan untuk bekerja semula dan jawatan saya ialah sebagai Pegawai Fasilitator Schoolnet di bawah Suruhanjaya Kementerian Komunikasi dan Multimedia, Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan dan di tempatkan di Sekolah Kebangsaan Batu Gajah, Tanah Merah, Kelantan secara kontrak. Peranan saya ialah memberi pendedahan tentang ICT terhadap semua warga sekolah dan juga masyarakat sekitar. Pada masa ini, saya telah membentuk satu pasukan  penggerak yang dinamakan MAPEFS (Majlis Persatuan Fasilitator Schoolnet) dan dianggotai oleh 18 orang pegawai yang bertugas di daerah tersebut. Kami menjalankan kerjasama bersama Pegawai PPD, Unit ICT, daerah Tanah Merah iaitu Encik Che Mansur Deraman untuk memantau dan memberi pendedahan tentang penggunaan Netbook yang diberikan kepada pelajar pada masa itu. Selain itu, kami turut menjalankan  beberapa aktiviti lain seperti Program Jelajah ICT untuk memberi pendedahan awal  kepada pelajar, murid sekolah dan komuniti setempat tentang ICT.

Setelah kontrak tamat, saya telah memulakan tugas sebagai Guru Sandaran Tidak Terlatih bahagian Pendidikan Khas di Sekolah Menengah Kebangsaan Tanah Merah (2) dan kemudian menjawat jawatan sebagai Guru Pendidikan Khas di sebuah NGO yang dikenali sebagai Yayasan Orang Kurang Upaya Kelantan di Pengkalan Chepa. Di sini saya bertanggungjawab untuk memastikan Program ‘Early Intervention Programe ‘ terhadap beberapa orang pelajar kelainan upaya di bawah seliaan saya berjaya dilaksanakan sepenuhnya. Program ini dipantau oleh pihak terlibat di Singapura.

Saya kemudian mendapat tawaran sebagai Pembantu Perangkaan di Jabatan Statistik pada tahun 2013 dan memulakan karier saya di Selangor. Dalam masa bekerja saya telah menyambung pelajaran saya dalam bidang Ekonomi, Master of Economics di Universiti Putra Malaysia. Disebabkan beberapa kekangan dan merasa tidak sesuai dengan jiwa saya, saya telah meletak jawatan  pada tahun 2015. Pada masa ini, saya meneruskan pengajian saya dan kerjaya sebagai guru tuisyen  bermula sehinggalah saya berjaya menghabiskan pengajian pada tahun 2016. Saya memilih PERSONAL TUTOR kerana senang untuk mengimbangkan dengan pengajian yang sedang saya lalui.

Setelah tamat pengajian, saya pulang ke kampung halaman dan meneruskan kerjaya saya dalam bidang tuisyen ini. Setahun kemudian, saya berjaya menjadi seorang guru di sebuah sekolah swasta di daerah berhampiran.  Ibu saya jatuh sakit dan disahkan mengidap kanser usus tahap 4 setelah hampir setahun setengah saya mengajar di sini. Beliau perlu menjalani pembedahan dengan segera. Akhirnya, saya mengambil keputusan untuk meletak jawatan dan memberi sepenuh perhatian hanya kepada  bidang tuisyen kerana saya dapat mengatur masa saya sendiri, untuk mengambil tanggungjawab menjaga ibu yang sakit dan mengurus rumahtangga. 2 bulan kemudian ibu saya meninggal dan saya tetap meneruskan kerjaya sebagai guru tuisyen.

Antara penglibatan  semasa saya ialah,  sebagai penceramah untuk program  motivasi dan juga bengkel solat. Dalam perancangan , saya ingin menghasilkan modul tuisyen saya sendiri berdasarkan pengalaman saya dalam bidang ini. 

No comments:

Post a Comment