1.
Permintaan Yang Tinggi
Statistik daripada Kementerian
Pendidikan Malaysia menunjukkan ada lebih daripada 5 juta orang pelajar sekolah
rendah dan menengah di Malaysia. Ini menunjukkan jumlah prospek yang ramai
dalam kategori umur ni, tambahan lagi ibu bapa sekarang ramai yang berkerjaya
yang menyebabkan mereka mampu untuk menghantar anak-anak ke kelas tuisyen
mahupun mengambil tutor peribadi datang ke rumah. Perkembangan ini menyebabkan
permintaan terhadap tuisyen semakin tinggi dari semasa ke semasa.
2. Kepuasan Diri
Yang Tinggi
Seorang guru tuisyen akan
sentiasa membantu pelajar mereka dalam matapelajaran yang lemah. Ini merupakan
kelebihan bagi seorang guru tuisyen apabila pelajar berkenaan mengalami
peningkatan dan mencapai kecemerlangan dalam subjek yang dipelajari. Bagi home
tutor, anda dengan mudahnya dapat menyesuaikan diri dalam sesi pengajaran
kerana pelajar anda hanya seorang atau 2-3 orang. Ia lebih mudah berbanding
mengajar dalam kelas yang ramai. Menjadi guru tuisyen juga membantu anda lebih
fokus pada sesi pembelajaran dan lebih fokus pada kelemahan pelajar. Nikmat
mengajar akan dapat anda rasai kerana anda dapat mengikuti perkembangan atau
perubahan yang berlaku dalam setiap pelajar yang anda ajari. Apabila pelajar
anda dapat mempertingkatkan dirinya ke arah yang lebih baik, ia merupakan
kepuasan yang sukar digambarkan dan menyeronokkan bagi seorang pendidik. Jika
mereka cemerlang, anda akan merasakan ia amat berbaloi dengan usaha yang anda
lakukan.
3. Pengurusan Masa
Yang Fleksibel Dan Bebas
Faktor ini yang menyebabkan ramai
di kalangan guru tuisyen yang ada sekarang mencebur diri dalam bidang ini
sepenuh masa. Mereka mempunyai kebebasan dalam menentukan jadual mereka sendiri
dan menyusun sendiri masa yang sesuai untuk mengajar. Berbeza dengan makan
gaji, mereka tidak mempunyai pilihan melainkan mengikut apa yang ditentukan
oleh majikan. Masa yang ada dapat mereka
luangkan bersama keluarga, rakan-rakan serta melakukan aktiviti yang mereka
sukai
4. Menjana Pendapatan Dengan Mudah
Melibatkan diri dalam bidang
tuisyen tidak memerlukan modal yang tinggi. Anda tidak perlu membuat sebarang
pinjaman. Modal yang diperlukan adalah ilmu dan pengalaman untuk memulakan sesi
pembelajaran. Tidak dapat dinafikan, jumlah elaun per jam yang diperolehi
dengan mengajar tuisyen adalah antara yang tertinggi berbanding pekerjaan lain.
Anda tidak perlu bekerja 8 jam atau lebih seperti anda bekerja makan gaji untuk
memperolehi gaji yang sama. Namun, jika anda bekerja lebih masa, maka gaji yang
anda perolehi juga pasti lebih. Kerjaya ini amat sesuai dilakukan oleh sesiapa
sahaja hatta orang yang makan gaji sekalipun sebagai pendapatan tambahan.
5. Kurang Tekanan
Semasa Bekerja
Jika kita lihat, ramai yang mengalami
tekanan di tempat kerja. Mungkin kerana bebanan kerja yang sangat tinggi
terutamanya dalam bidang perguruan. Baru-baru ini kajian menunjukkan guru
adalah di antara yang banyak menghadapi tekanan semasa bekerja lantaran kerana
dibebani dengan pelbagai kerja pentadbiran seperti mengutip yuran, menjaga buku
teks, menjadi penasihat kelab atau sukan, menjadi guru kelas, menjaga disiplin
pelajar dan banyak lagi Ini menyebabkan
ada di kalangan mereka yang menghadapi tekanan. Apabila mengajar tuisyen, anda
hanya fokus untuk mendidik sahaja dan anda tidak perlu terlibat dengan tugas
pentadbiran terutamanya bagi yang melakukan home tuition begitu juga dengan
yang bekerja dengan pusat tuisyen. Biasanya diasingkan tugas mengajar dengan
tugas pentadbiran.
No comments:
Post a Comment