Rintangan
dan tekanan memang menjadi lumrah dalam setiap kerjaya yang diceburi. Hal
ini boleh berlaku dalam banyak situasi
dan keadaan. Begitu juga dalam kerjaya sebagai Home Tutor Setiap yang
berlaku akan ada cara terbaik untuk menanganinya.
- 1. Pelanggan tidak jadi mengambil anda
Pelanggan bagi seorang guru tuisyen ialah sama ada ibu bapa, pelajar atau ejen tuisyen. Mereka
mempunyai hak untuk memilih pelanggan mereka. Pasti mereka akan memilih yang terbaik. Justeru, kita perlu mempunyai strategi yang cukup baik untuk
menarik pelanggan agar menggunakan perkhidmatan kita. Kita perlu akur sekiranya pelanggan kita
tidak memilih perkhidmatan yang kita tawarkan. Penolakan yang berlaku
sebenarnya memberi peluang untuk memperbaiki perkhidmatan yang disediakan. Apa
yang perlu dilakukan adalah terus memberi perkhidmatan yang terbaik secara berterusan.
Di samping itu, kita harus sentiasa menambah ilmu yang kita ada.
- 2. Pelajar tidak fokus
Kadang-kadang pelajar yang tuisyen dengan anda adalah
pelajar yang hanya menurut arahan ibu dan ayah mereka bukan dengan kerelaan
mereka sendiri. Sekiranya hal ini berlaku, perbincangan dengan ibu bapa perlu
supaya tidak berlaku sesuatu di luar pengharapan ibu bapa. Di sinilah terujinya cabaran
sebagai seorang pendidik. Bagaimana ingin membantu pelajar berkenaan? Bagaimana
ingin menimbulkan keinginan mereka untuk belajar dan bagaimana ingin memberi
kesedaran tentang kepentingan ilmu itu
sendiri? Anda perlu menguasai teknik, strategi dan
perancangan yang baik bagi menghasilkan keputusan yang terbaik.
Perkara ini boleh dicari gali dengan cara menimba ilmu sama ada dengan cara
menghadiri kursus, melalui pembacaan pengalaman yang telah dan akan dilalui.
3.
- Pembayaran yang lambat
Isu timbul dari pelbagai faktor antaranya kesibukan ibu
bapa, sikap sambil lewa ibu bapa dan sebagainya. Ini memberi kesan yang
mendalam kepada guru tuisyen tambahan pula bagi mereka yang melakukannya
sepenuh masa. Namun, terdapat pelbagai kaedah untuk mengatasinya.
Antaranya, menetapkan pembayaran yuran
sebelum kelas bermula. Ibu bapa perlu dimaklumkan tentang cara pembayaran dan
sediakan perjanjian bertulis tentang hal ini. Tip tambahan, pastikan anda
mempunyai hubungan yang baik dengan pelanggan anda supaya bila timbul hal
begini, ia boleh di bawa berbincang.
- 4. Permintaan yang tidak tetap
Permintaan tuisyen adalah tidak tetap. Ada yang bermusim
seperti musim cuti sekolah dan musim-musim yang menghampiri peperiksaan
terutama peperiksaan besar seperti UPSR, PT3 dan SPM. Terdapat juga keadaan di
mana permintaannya berkurangan. Anda harus bijak menyusun perancangan
terutamanya dalam hal kewangan supaya dapat menampung bulan-bulan yang mana
permintaan agak kurang tadi. Terdapat juga situasi di mana ibu bapa akan
membatalkan tuisyen tanpa memaklumkan pada guru terlebih dahulu dengan alasan
urusan peribadi dan segala-galanya. Ini juga perlu ditekankan seawalnya semasa
anda menerima tawaran yang diberi. Jika guru sudah hadir di rumah dan kelas
dibatalkan, mereka perlu menampung kos pengangkutan untuk hari berkenaan dan
akan dimasukkan dalam bil kelas seterusnya.
- 5. Tiada kerjasama dari ibu bapa
Terdapat juga sesetengah ibu bapa yang kurang memberi
kerjasama. Mereka hanya pentingkan peningkatan markah anak-anak tanpa mengambil
faktor lain seperti kemampuan anak-anak dalam pelajaran. Jadi perbincangan yang
telus dan perbincangan sewajarnya sebelum kelas bermula sangat dititikberatkan.
Ibu bapa perlu dimaklumkan tentang beberapa peranan yang perlu mereka libatkan
dan memahami faktor–faktor yang wujud dalam memastikan peningkatan anak-anak
dalam subjek yang anda ajar.
- 6. Gangguan
Gangguan boleh berlaku kepada guru tuisyen sama ada anda
seorang guru tuisyen di pusat tuisyen atau persendirian. Bunyi bising kenderaan
di jalan raya, bunyi bising orang membaiki rumah atau jalan raya, bayi menangis dan bermacam-macam dugaan boleh
mengganggu kelas perjalanan kelas. Anda perlu bijak menangani situasi tersebut
agar pelajar anda terus fokus dengan pengajaran yang disampaikan.
- 7. Masalah kesesakan jalan raya.
Masalah ini memang sesuatu yang biasa akan di lalui
memandangkan pengguna jalan raya yang semakin bertambah tambahan jika anda
berada di bandar-bandar utama. Oleh itu apa yang boleh anda lakukan ialah sama
ada memerhatikan dahulu tawaran yang diterima adakah bayaran yang diterima
dengan laluan yang perlu dilalui itu berbaloi. Jika bayarannya berbaloi maka
apa yang perlu dilakukan ialah memastikan anda membuat persiapan serapinya.
Bertolak lebih awal dari waktu yang sepatutnya. Ini amat penting untuk menjaga
kredibiliti anda sebagai seorang guru dalam menjaga ketepatan masa.
- 8. Cuaca yang tidak menentu
Cuaca adalah sesuatu yang tidak dapat diramal. Akan wujud
situasi di mana apa yang berlaku adalah di luar perancangan kita tambahan lagi
jika hujan turun dengan tiba-tiba berbanding dengan cuaca panas. Bagi yang menggunakan motosikal, jika hujan
maka tiada jalan lain melainkan berteduh sehingga hujan berhenti. Sebagai
persediaan segera maklumkan kepada ibu bapa pelajar atau pusat tuisyen tentang
situasi yang sedang dilalui. Elakkan daripada membuat pelanggan menunggu
ketibaan anda dengan spekulasi mereka sendiri, sama ada kelas tersebut akan
bermula lewat atau akan digantikan pada waktu yang lain.
- 9. Kemungkinan kenderaan rosak
Untuk mengelakkan daripada hal ini mengganggu urusan
anda, pastikan kenderaan dikawal selia dengan sebaiknya. Namun, jika berlaku
juga segera maklumkan kepada pelajar dan ibu bapanya dengan segera sama ada
kelas masih dapat dilakukan walaupun lewat atau perlu menggantikan kelas
tersebut di waktu yang lain. Sediakan juga pelan B sekiranya kenderaan perlu
dibaiki dalam jangka masa yang lama.
No comments:
Post a Comment