1. Jaminan gaji
yang tetap
Guru tuisyen yang berkhidmat dengan pusat tuisyen mempunyai
kelebihan dari segi mendapat gaji yang tetap setiap bulan. Terdapat juga
ganjaran lain seperti mendapat bonus dan insentif kesetiaan sekiranya
berkhidmat dengan cemerlang, mempunyai peluang kenaikan pangkat dan gaji dengan
peningkatan prestasi yang baik serta mempunyai peluang untuk pembangunan
kerjaya. Selain itu, ada pusat tuisyen yang menawarkan kemudahan perubatan di
klinik panel.
2. Tidak perlu
terlibat dalam promosi mencari pelajar.
Apabila anda bekerja dengan pusat tuisyen anda tidak perlu terlibat
dalam pemasaran untuk mencari pelajar. Anda hanya perlu pandai promosi
diri anda sendiri melalui penyediaakan resume yang baik dan lulus temuduga yang
dijalankan oleh pihak tuiyen Selepas itu, tugas anda hanyalah mengajar sahaja
seperti yang ditetapkan oleh pengurusan pusat tuisyen. Anda tidak perlu risau
memikirkan adakah bilangan pelajar mencukupi untuk mendaftar dan sebagainya.
3. Buku rujukan dan
buku latihan disediakan
Pusat tuisyen biasanya akan menyediakan buku-buku rujukan dan
buku-buku latihan untuk kegunaan pelajar dan juga guru yang akan mengajar.
Disini anda dapat menjimatkan kos untuk menyediakan bahan-bahan tersebut.
4. Tidak perlu
berurusan dengan pihak ibu bapa
Tugas anda hanyalah mengajar seperti yang telah ditetapkan oleh
pihak tuisyen. Anda tidak perlu berurusan dengan mana-mana pihak melainkan
hanya dengan pelajar sahaja. Itupun jika timbul isu ia akan sama-sama di atasi
dengan pihak pentadbiran tuisyen.
5. Pendapatan Tambahan
Terdapat juga pusat tuisyen yang menawarkan pendapatan tambahan
seperti mendapat komisen jika anda berjaya mendapatkan pelanggan bagi mereka.
Ianya berbeza bagi setiap pusat tuisyen.
Setiap pusat tuisyen mempunyai polisi dan peraturan yang berbeza
yang disediakan untuk staf mereka. Terdapat banyak lagi kelebihan yang mereka
tawarkan. Bagi mereka yang belum mempunyai keyakinan untuk bermula sebagai home
tuition mungkin boleh menjadikan kerjaya sebagai guru di pusat tuisyen sebagai
pengalaman pertama. Selain itu, ada juga kelebihan lain yang sempat saya perhatikan
seperti permit mengajar diuruskan dan ditanggung
oleh pihak pengurusan, tunjuk ajar dan kumpulan sokongan diberikan. Sebelum
anda menandatangani persetujuan untuk berkhidmat dengan mana-mana pihak tuisyen
adalah lebih baik anda perhatikan juga apakah kelebihan yang ditawarkan oleh
mereka.
No comments:
Post a Comment