Untuk menjawat apa-apa jawatan sekalipun kita perlu melalui
temuduga kecuali kita bekerja sendiri atau mempunyai syarikat sendiri. Antara
tips umum menghadiri temuduga adalah seperti berikut:
1.
- Berpakaian kemas dan bersesuaian.
- 2. Datang awal ke tempat temuduga
Datang awal sekurang-kurangnya 30 minit lebih
awal. Mungkin perjalanan ke lokasi tersebut memerlukan anda menempuh kesesakan
lalu lintas yang sangat teruk atau berlaku sesuatu yang tidak di duga.
- 3. Bermanis muka dengan semua orang.
Ini dapat membuktikan kita boleh bergaul dengan
semua orang dan mampu bekerja dalam satu syarikat atau jabatan.
- 4. Bawa sijil yang disusun kemas.
Susun sijil-sijil anda dengan kemas mengikut menurut
turutan di dalam clear folder (atau dengan cara lain yang lebih menarik
dan memudahkan). Elakkan menggulung sijil-sijil yang di bawa. Sila bawa pen
sendiri juga. Bawa resume jika diperlukan.
5.
- Buat research mengenai syarikat tersebut.
Anda perlu ringankan tangan anda untuk membuat
kajian secara terperinci berkaitan syarikat atau jabatan yang anda akan hadiri
temuduga. Kenal pasti individu-individu penting yang terdapat dalam organisasi
mereka, hal-hal berkaitan yang anda rasa anda perlu tahu mengenai bakal majikan
anda kelak.
- 6. Pandai mempromosikan diri anda.
Anda perlu mempromosikan tentang kelebihan diri
anda namun jangan sampai anda merendah-rendahkan orang lain atau keterlaluan
sehingga menampakkan anda seorang yang bongkak. Anda perlu pandai bezakan
antara sikap yakin akan diri dengan sikap bangga diri. Beri keyakinan yang anda
mampu membantu memberi yang terbaik untuk mereka.
- 7. Bersedia dengan soalan lazim dari penemuduga.
Antara soalan yang biasa ditanya adalah tentang
kebolehan dan kelemahan diri, kenapa masih belum bekerja atau kenapa mahu
meninggalkan pekerjaan sekarang, kenapa mahu bekerja di syarikat baru, bolehkah
bekerja dalam kumpulan, bagaimana anda melihat diri anda lima tahun akan datang
dan sebagainya. Anda harus menjaga adab anda berbahasa, cara intonasi suara
anda, eye contact dan bahasa badan anda. Penemuduga sering menggunakan helah semasa
sesi temuduga untuk menguji anda. Apa yang anda perlu buat adalah sentiasa
tenang dan kawal emosi anda.
Manakala
berikut adalah tips yang lebih khusus untuk bidang tuisyen samada untuk jawatan
tutor di pusat tuisyen atau sebagai ejen Home Tuition.
- 1. Anda perlu untuk membuat kajian tentang sistem pendidikan terkini terutamanya di Malaysia. Perubahan-perubahan semasa yang berlaku. Anda juga perlu membuat kajian tentang tempat tuisyen yang akan anda hadiri. Tentang apa saja yang berkaitan untuk membantu anda memahami tentang pusat tuisyen tersebut.
- Anda juga perlu mengetahui serba sedikit latar belakang bidang tuisyen dan home tuition supaya anda memahami keperluan dan permintaan bidang tuisyen dan kepentingan serta peranan tuisyen dalam pendidikan negara.
- 3. Anda juga perlu membuat persediaan mock-teaching sebelum menghadiri temuduga, dalam subjek yang anda terlibat. Ini untuk menunjukkan bakat anda mengajar kepada penemuduga. Satu kelebihan jika anda menonjolkan kaedah terbaru dalam mock-teaching yang ada sediakan. Sediakan juga bahan-bahan keperluan untuk mock-teaching. Ini menampakkan kesungguhan anda.
No comments:
Post a Comment