1.
Keterikatan
yang tinggi
Tutor terikat dengan segala yang telah ditentukan oleh pihak
majikan Apabila kita bersetuju bekerja dengan pihak majikan bermakna anda telah
bersetuju untuk mematuhi apa sahaja yang telah ditentukan oleh mereka. Ini
termasuk dari segi masa, etika pemakaian dan sebagainya. Anda tidak boleh
menentukan masa mana yang anda hendak mengajar, pelajar mana yang anda hendak
ajar dan sebagainya. Wujud juga situasi di mana anda perlu mengajar subjek yang
tidak anda pohon. Perbincangan yang telus dengan pihak pengurusan adalah cara
yang terbaik untuk menyelesaikan isu berkaitan.
- 2. Sukar untuk memohon cuti.
Untuk memohon cuti, anda perlu melalui proses dan prosedur yang
telah ditetapkan oleh pihak pengusaha tuisyen. Kadangkala komitmen kerja yang
diberikan menyebabkan sukar untuk cuti diluluskan, tambahan lagi apabila pusat
tuisyen menghadapi masalah kekurangan tenaga pengajar. Pihak tuisyen biasanya telah
menentukan kadar cuti yang boleh yang dipohon dan biasanya mengikut kelulusan
pihak atasan.
- 3. Perlu displin diri yang tinggi
Bekerja dengan pihak majikan menyebabkan anda perlu mempunyai
displin yang tinggi. Anda perlu sentiasa menepati displin yang telah ditentukan
oleh pihak tuisyen. Ini penting kerana bagi pengusaha tuisyen anda membawa imej
bagi pihak mereka di mata ibu bapa dan juga pelajar mereka. Displin juga yang
akan menentukan prestasi kerja anda yang akan dinilai oleh pihak majikan anda.
- 4. Masalah pembayaran gaji
Terdapat juga situasi di mana ada sesetengah guru tuisyen yang
mengajar di pusat tuisyen tidak dapat gaji yang sepatutnya, ini adalah
disebabkan masalah pengurusan atau jika terdapat isu masalah pembayaran dari
pihak ibu bapa. Juga isu lambat bayar, anda perlu berani mempertahankan hak
anda dan bertegas dalam hal ini. Anda perlu pastikan pihak
pengusaha tersebut menyediakan perjanjian
semasa anda diterima masuk ke sana dengan menyatakan tarikh pembayaran
di buat. Pastikan anda menyimpan dokumen berkenaan yang akan digunakan jika
timbul isu yang tidak sepatutnya.
- 5. Tiada persefahaman dari pengusaha tuisyen
Terdapat juga sesetengah
pengusaha pihak tuisyen yang pentingkan keuntungan semata-mata. Mereka hanya
inginkankan peningkatan markah pelajar tanpa mengambil kira sama ada bahan yang
disediakan mencukupi atau bersesuaian dengan kemampuan pelajar berkenaan. Jadi
perbincangan yang telus dan perbincangan sewajarnya sebelum kelas bermula
sangat dititikberatkan. Pengusaha pusat tuisyen perlu dimaklumkan tentang
beberapa peranan yang perlu mereka libatkan dan memahami faktor–faktor yang
wujud dalam memastikan peningkatan pelajar dalam subjek yang anda ajar.
No comments:
Post a Comment