Terdapat banyak
faktor yang mempengaruh penetapan harga bagi home tuition yang ingin
dilakukan. Antaranya adalah seperti berikut:
1.
Lokasi
Harga biasanya
ditentukan mengikut lokasi. Untuk anda yang ingin menjana pendapatan yang
lumayan anda perlu kenali kawasan tumpuan, yang biasanya terdiri dari golongan
yang berpendapatan tinggi. Anda perlu lakukan sedikit kajian secara ringkas
dengan menyenaraikan kelebihan dan kekangan yang ada di sesuatu tempat yang
anda ingin sasarkan. Namun, jika anda ingin melakukan di sekitar kawasan
kediaman anda, anda perlu mengkaji tahap kemampuan yang mereka miliki.
Kebiasaannya di bandar, harga yang ditetapkan ialah dalam lingkungan RM30-40
bagi sekolah rendah dan RM40-60 bagi sekolah menengah.
Bagi kawasan
luar bandar yang mana anda rasa pendapatan mereka agak rendah, harga yang
diletakkan haruslah sewajarnya. Jangan sampai anda rasa terbeban. Namun ada
satu cara yang lain ialah dengan melakukan secara berkumpulan. Kumpulkan mereka
dalam kumpulan dan kira pendapatan yang anda inginkan dalam sejam dan bahagikan
per kepala bagi seorang pelajar. Ada tutor yang mengenakan RM10-RM20 bagi
sekolah rendah dan RM15-RM25 bagi sekolah menengah.
Ada tutor yang
pernah mengenakan hanya RM10 sejam dan memperolehi RM100 bagi sejam berkenaan.
Bayangkan jika dalam sehari dapat kita lakukan dua jam sahaja dan hanya 5 hari
sahaja, pendapatan yang diperolehi sudah mencecah RM1000 untuk 10 jam sahaja
dalam sebulan.
2.
Pengalaman tutor
Penetapan harga
juga dipengaruhi oleh pengalaman tutor itu sendiri dalam bidang ini. Tutor yang
sudah lama berkecimpung dalam dunia tuisyen biasanya sudah mempunyai keyakinan
yang tinggi dari ibubapa menyebabkan mereka boleh meletakkan harga yang lebih
tinggi dari pasaran.
Untuk yang baru
bermula, letaklah harga sekadarnya. Jangan terlalu rendah hingga menyebabkan
sampai satu masa kita rasa tidak berbaloi dengan masa dan kudrat yang kita
berikan. Ini menyebabkan semangat kita merudum dalam masa yang sama pastikan
harga yang kita letakkan mampu dibayar oleh golongan yang kita sasarkan.
3.
Bilangan pelajar dalam satu masa.
Realiti yang
sebenar guru tuisyen atau juga dikenali sebagai tutor adalah juga sebagai
"study group with guidance" dan bilangannya tidak ramai. Ada
tutor yang menetapkan memang tak akan lebih dari 5-10 orang.
Dalam penetapan
harga, bilangan pelajar akan bertambah dan caj terhadap seorang pelajar akan
berkurang tapi pendapatan cikgu akan tetap meningkat. Senario ini berlaku
apabila bilangan pelajar bertambah dengan kadar yang kita tetapkan dalam masa
sejam. Contohnya adalah begini, katakan kita buat kelas satu sesi dua jam
dengan harga RM30 untuk pelajar sekolah rendah. Kemudian ibubapa pelajar
berkenaan memaklumkan seorang adik beradik pelajar berkenaan ingin masuk
belajar bersama, maka kurangkanlah menjadi RM25 seorang, tapi cuba tambahkan RM25+RM25
iaitu dua orang pelajar, maka pendapatan anda ialah RM50 untuk satu sesi atau
lebih senang disebut sekali pergi mengajar kita akan dapat RM50! Kalau didarab
dengan sebulan, 4-8 sesi biasanya, maka dapatlah jumlah pendapatan anda untuk
satu rumah sahaja.
Ada juga tutor
yang hanya menambah RM10 untuk tambahan pelajar yang kedua, bermakna sejam
adalah RM30+RM10, iaitu RM40 untuk satu sesi. Bayangkan jika ada kawan pelajar
yang ingin sertai sama kelas tersebut, maka harga untuk seorang pelajar akan
berkurangan tapi caj seorang tutor akan meningkat.
Namun, sebagai
permulaannya saya nasihatkan supaya jangan mengambil terlalu ramai pelajar
dalam satu masa. Ini penting untuk kita fokuskan pada kualiti dan dalam masa
yang sama untuk membina imej yang baik sebagai seorang guru tuisyen atau tutor
peribadi.
No comments:
Post a Comment