Monday, November 12, 2018

BAB 2: Topik 6: TIPS MEMPROMOSIKAN PERKHIDMATAN

Mempromosikan perkhidmatan yang kita tawarkan adalah satu perkara paling penting yang mesti dilakukan supaya dikenali ramai. Cara berkesan untuk mempromosikan perniagaan adalah dengan pengiklanan berterusan yang boleh dilakukan secara online atau pengiklanan offline. Ini boleh dilakukan samada secara percuma atau berbayar. Mempromosikan diri sebagai guru tuisyen adalah satu perkara yang paling mencabar supaya kita dipercayai sebagai orang yang berkredibiliti dalam pekerjaan ini. Berikut adalah cara yang dapat kita lakukan:
  • 1.      Mempromosikan perniagaan secara langsung.

Cara promosikan perniagaan secara langsung iaitu dari mulut ke mulut. Cara ini adalah merupakan cara pengiklanan tradisional yang sangat berkesan sehingga sekarang. Cara yang paling mudah adalah memperkenalkan kepada kawan-kawan terdekat atau saudara mara yang anda tahu bahawa mereka mempunyai anak atau mempunyai kenalan yang ada anak. Anda mungkin boleh mulakan dengan mengajar anak-anak jiran atau sebagainya untuk dijadikan sebagai pengalaman. Anda juga boleh menghantar mesej melalui FB atau group whatsapp secara beretika. Sambil berchatting selitkan beberapa kelebihan perkhidmatan yang kita tawarkan dengan menggunakan kaedah soft selling. Ia mudah untuk dilakukan dengan cara menyalin atau copy ayat-ayat promosi dan kongsikan kepada rakan-rakan.

  • 2.      Promosi perniagan dengan kertas seperti risalah brochure, kad perniagaan atau banner.

Buat risalah (flyers) yang simple tetapi boleh menarik perhatian. Kini terdapat banyak aplikasi yang boleh digunakan seperti Spark Post, Canva dan sebagainya. Jika tidak, anda boleh mengupahnya. Hantar flyers tersebut di sekitar taman perumahan anda atau di kawasan pasaran yang anda targetkan. Untuk hantar flyers ni, anda boleh samada menghantar sendiri, menggunakan perkhidmatan syarikat penghantar flyers, menggunakan khidmat posmen, khidmat penjual surat khabar dan sebagainya. Tampalkan juga banner, templet, pelekat kecil tentang perkhidmatan anda di tempat-tempat umum dan tumpuan orang ramai seperti perhentian bas, traffic light atau melekatkan pelekat kereta dikenderaan yang kita gunakan yang menyatakan perkhidmatan dan nombor telefon anda.

  • 3.      Pengiklanan menggunakan media sosial

Media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, Linkedin, Foursquare, YouTube dan sebagainya adalah cara promosi perniagaan yang popular dan mudah kerana boleh dilakukan di rumah atau dimana-mana sahaja. Kaedah pengiklanan melalui laman sosial mudah dilaksanakan dan kaedah yang percuma dan berkesan. Kaedah promosi melalui media soaial mempunyai banyak kebaikan untuk memperkenalkan perniagaan kita memandangkan dunia sekarang yang banyak berhubung menggunakan teknologi. Mempromosikan perniagaan melalui pengiklanan berbayar seperti facebook, instagram, adwords dan sebagainya adalah satu teknik pemasaran yang paling berkesan, namun perlukan modal dan teknik tertentu namun ia membantu anda untuk mempercepatkan perkhidmatan anda dikenali. Anda juga boleh membina website yang boleh memberi maklumat lanjut tentang perkhidmatan anda.

  • 4.      Apabila prospek menelefon anda, aturkan pertemuan dan bawa bersama kad nama dan pamphlet yang menerangkan lebih lanjut tentang perkhidmatan yang anda tawarkan. Jika anda merupakan seorang guru sekolah, itu satu kelebihan buat anda. Sebaliknya jika anda bukan seorang guru sekolah, Anda perlu menyakinkan yang anda mampu mengajar anak-anak mereka dan memberitahu mereka jika anda ada pengalaman di dalam mengajar (kalau pernah mengajar adik /anak saudara/kawan pun boleh dikira pengalaman) dan anda memang minat mengajar. Kalau boleh, bagi testimoni para pelajar anda yang





No comments:

Post a Comment