Monday, November 12, 2018

BAB 2: TOPIK 3: TIPS MUDAH UNTUK BERMULA

Topik 3: Tips Mudah untuk Bermula


1.         Pastikan anda mempunyai minat yang tinggi. Ini kerana anda dapat terus menjana wang berterusan jika ada minat yang tinggi apabila melakukan sesuatu. Jika minat tiada, anda akan mengeluh dipertengahan jalan kerana anda akan berhadapan dengan pelbagai isu. Mana-mana kerjaya sekalipun pasti ada halangannya yang tersendiri. Jika kita lakukan dengan minat dan sepenuh hati, kita akan sentiasa gembira dan mencari jalan untuk mengatasi apa jua masalah yang timbul. 

2.         Anda perlu pandai promosi diri anda sendiri. Ini kerana perkhidmatan yang anda tawarkan adalah produknya dan anda perlu mempromosikan produk itu supaya diterima oleh pelanggan. Cara pemasarannya terpulang kepada anda samada melalui online mahupun secara offline.

3.         Memastikan temuduga kali pertama dengan ibu bapa dan pelajar berjaya. Ini adalah sangat penting kerana ibu bapa atau pelajar akan menilai kita pada perjumpaan pertama ini. Pelajari kaedah-kaedah yang sesuai untuk berhadapan dengan mereka. Keberanian perlu ada. Melalui pengalaman, ada beberapa cara temuduga dijalankan, antaranya secara online (whatsapp, email dan panggilan telefon) dan perjumpaan secara bersemuka. Kebanyakkan ibu bapa suka mengambil cikgu yang boleh menyakinkan mereka kaedah yang akan kita ajar pada anak mereka nanti berkesan.

4.         Anda perlu ada kemahiran untuk berkomunikasi dengan baik samada dengan ibu bapa mahupun dengan pelajar itu sendiri. Komunikasi ini penting untuk mewujudkan perhubungan yang mesra. Anda akan bertemu dengan pelajar yang pendiam, yang suka menjawab dan sebagainya. Anda juga akan berhadapan dengan pelbagai sikap ibu bapa yang pada asasnya inginkan yang terbaik untuk anak-anak mereka. Kebijaksanaan anda akan teruji nanti.  Selain dari itu kemahiran komunikasi sangat penting untuk anda meminta/memberi peringatan berkaitan yuran bulanan.

5.         Anda juga perlu mempunyai kad nama anda sendiri, resit dan cop anda sebagai cikgu tusyen. Kad nama (bussiness card) adalah sebagai teknik pemasaran, manakala resit adalah untuk menunjukkan kreadibiliti sebagai cikgu tuisyen yang berkaliber dan jangan lupa cop rasmi anda pada setiap resit bayaran yang anda terima. Dengan cara ini, pelanggan kita akan lebih yakin dengan dan in akan membuka lebih banyak peluang apabila pemasaran dari mulut ke mulut.

6.         Anda perlu sentiasa bermotivasi. Terutamanya jika yang melakukan sebagai part time. Waktu rehat yang anda ada minimum. Selain itu, jika berkerja sendiri akan ada bisikan-
bisikan kelesuan untuk tidak pergi mengajar pada hari berkenaan. Cara terbaik adalah dengan mempunyai ketegasan diri dan semangat untuk mencapai impian yang telah diletakkan. Selain itu, dapatkan sokongan orang disisi anda untuk terus melakukan 
tuisyen. Untuk lebih bermotivasi banyakkan membaca buku-buku motivasi yang berkaitan. 


7.         Anda perlu sediakan jadual harian untuk memastikan tiada pertindihan jadual terhadap job yang anda terima. Ia juga penting supaya anda dapat merancang masa dengan lebih baik. Katakan jika kelas anda bermula jam 3 hingga 5 petang pastikan kelas seterusnya bermula sekitar 5.30 atau 6.00 petang supaya anda tidak terkejar-kejar.  Jadual juga penting jika anda melakukannya sepenuh masa. Anda perlu bijak agar anda dapat mengagihkan masa agar kehidupan seharian anda berjalan dengan lancar.

No comments:

Post a Comment