Perlaksanaan home tuition adalah berbeza antara seorang
tutor dengan tutor yang lain. Apa yang diberikan dalam buku ini adalah
berdasarkan pengalaman penulis dan juga kawan-kawan penulis yang berkecimpung
dalam bidang ini. Berikut adalah panduan bagi yang baru bermula, bila anda
sudah menerima tawaran daripada mana-mana ibu bapa.
- Membuat temu janji pertama dengan ibu bapa.
Biasanya ibu bapa akan menjemput anda untuk membincangkan lebih
lanjut tentang perkhidmatan yang anda tawarkan. Soalan yang biasa akan ditanya
ialah harga, penyediaan buku atau bahan pembelajaran dan bagaimana anak meraka
akan di ajar. Namun, terdapat ibu bapa yang hanya berurusan melalui mesej
sahaja dan bersetuju melalui mesej sahaja.
- 2. Kelas pertama dengan pelajar.
Hal ini terpulang kepada tutor itu sendiri. Ada tutor yang
menawarkan kelas percubaan untuk memastikan pelajar boleh mengikutinya atau
tidak. Ada yang menawarkannya sebagai percuma atau sebagai. Namun, jika melalui
ejen tutor akan melalui proses ini. Jika ibu bapa tidak bersetuju, tutor lain
akan menggantikan tutor tersebut. Bagi penulis, kebanyakkan job hanya melalui
mesej sahaja.
- 3 Membuat rancangan pembelajaran
Rancangan pembelajaran dapat dibuat berdasarkan markah peperiksaan
pelajar berkenaaan. Selain itu, boleh juga gunakan buku aktiviti pelajar
sebagai rujukan. Melalui markah peperiksaan kita boleh agak tahap mana
pengetahuan pelajar berkenaan.
- 4. Menyediakan bahan pembelajaran.
Bahan yang disediakan perlu mengikut tahap pengetahuan pelajar
berkenaan. Kebiasaannya hanya tutor perlu mencari buku yang disediakan di
pasaran. Dapatkan buku terkini supaya tidak ketinggalan silibus. Terdapat juga
buku yang disediakn oleh ibu bapa dan tutor perlu mengejar menggunakan buku
yang disediakan oleh ibu bapa berkenaan.
- 5. Perjalanan semasa kelas berlangsung
Sesi pertama kelas, sebaiknya dimulakan dengan perkenalan dengan
pelajar dengan tujuan mewujudkan kemesraan agar kelas dapat dilakukan dengan
baik. Kemudian,diterangkan tentang topik yang akan diajar kemudian, diikuti
dengan sesi menjawab soalan untuk mengetahui sejauhmana pelajar faham tentang
topik yang telah diajar.
No comments:
Post a Comment