- 1. Menyiapkan resume yang menarik.
Anda perlu membuat resume yang sesuai dan menarik serta lampirkan
sekali cover letter. Ini penting kerana kebanyakkan majikan akan
menyenarai pendek calon-calon berdasarkan kedua-dua item ini. Tulislah secara
formal, teliti dan menarik supaya anda mampu menarik minat majikan anda nanti.
Sentiasa kemas kini resume anda. Jangan menggunakan resume yang anda tidak kemas
kini terutamanya berkaitan dengan pengalaman kerja anda. Utamakan kemahiran
yang berkaitan dengan pekerjaan yang anda pohon. Contohnya dalam situasi ini,
jangan lupa senaraikan segala pengalaman yang berkaitan dengan bidang
perguruan. Sediakan juga nama dan individu yang boleh dirujuk berkaitan dengan
diri anda. Jangan lupa maklumkan mereka tentang jawatan yang anda pohon, untuk
memudahkan urusan jika pihak majikan menelefon mereka.
- 2. Mencari pusat tuisyen yang memerlukan tenaga pelajar.
Kini carian tentang jawatan kosong boleh didapati sekelip mata
menggunakan Internet serta membuat kajian secara terperinci berkenaan jawatan
yang ditawarkan dan mencari maklumat berkaitan pusat tuisyen berkenaan.
- 3. Menghantar permohonan.
Permohonan boleh dilakukan dengan pelbagai cara. Namun, anda perlu
pastikan kehendak majikan anda. Jika mereka ingin anda emailkan pada mereka,
maka anda perlu email. Namun, terdapat juga pihak tuisyen yang ingin anda
menghantarnya di pejabat dan mengisi borang permohonan yang mereka sediakan.
- 4. Menghadiri temuduga
Biasanya, pihak majikan akan sediakan temuduga bagi calon yang
layak. Di sini anda perlu bersaing dengan beberapa calon yang layak. Anda perlu
membuat persiapan yang sewajarnya. Dengan adanya persiapan awal, anda akan
lebih yakin untuk menghadiri temuduga yang disediakan. Tips untuk menghadiri
temuduga ada disediakan di bab ke depan.
- 5. Menandatangani surat tawaran jika berjaya.
Selesai temuduga, anda akan dimaklumkan jika berjaya. Namun, jika
dalam masa dua minggu selepas temuduga anda masih belum dimaklumkan anda boleh
follow up dengan menghantar email atau menghubungi melalui telefon. Anda harus
lakukannya secara formal dan professional. Jika anda berjaya, anda perlu
menyemak semua butiran dokumen yang diberikan oleh majikan. Anda perlu pastikan
yang anda faham dengan jelas denagn semua yang terkandung di dalamnya dan
menandatanganinya jika anda bersetuju dengan dokumen tersebut.
- 6. Terus memohon jika masih tidak berjaya.
Jika tidak berjaya, jangan putus asa. Terus mencari dan memohon
jawatan tersebut. Namun, jika berterusan tidak berjaya mungkin anda boleh mula
mencuba sebagai Home Tutor.
No comments:
Post a Comment