Topik 5: Persediaan Sebelum Mengajar
1.
Anda perlu ada ilmu
yang hendak diajar dalam subjek yang anda hendak ajarkan pada hari berkenan. Luangkan
masa untuk mengulangkaji semula topik berkenaan dan pastikan anda mahir dalam
topik tersebut. Ini sebagai persediaan jika ada pertanyaan dari pelajar.
Pastikan anda dapat menjawab dengan baik terutamanya pada kelas yang pertama.
Tips yang selalu saya gunakan jika ada pertanyaan yang saya tidak berapa arif,
saya minta mereka siapkan dahulu kerja yang diberi dan saya akan menjawab
kemudian. Seterusnya yang saya lakukan ialah saya melayari internet untuk
mendapatkan jawapannya.
2.
Anda perlu ada
rekod pengajaran. Rekod ini sangat penting untuk
merekodkan pencapaian dalam proses pengajaran anda dan membantu anda merancang
proses pengajaran anda. Rekod pengajaran ringkas boleh anda bina menggunakan
jadual yang simple yang mempunyai kolum untuk tarikh, perkara yang di ajar,
masa mula mengajar, masa tamat mengajar dan subjek yang di ajar. Letakkan juga
nama pelajar untuk rujukan kita sendiri. Rekod ini ada perlu tunjukkan pada ibu
bapa supaya mereka tahu perkembangan anak-anak mereka.
3.
Anda perlu memastikan
kenderaan yang anda akan gunakan berada dalam keadaan yang baik. Periksanya
awal supaya jika terdapat masalah anda dapat baikinya lebih awal atau sempat
maklumkan pada ibu bapa samada kelas tersebut akan bermula lewat atau terpaksa
dibatalkan. Jika ada permintaan kelas dijalankan di rumah anda, pastikan keadaan
rumah berada dalam keadaan baik dan sesuai untuk proses pengajaran dan
pembelajaran.
4.
Anda perlu ada
bahan pengajaran yang sesuai yang akan anda ajarkan pada hari berkenaan.
Dapatkan buku-buku rujukan dan buku latihan terkini yang
ada di pasaran. Kenalpasti juga kaedah pengajaran yang bersesuaian dengan tajuk
yang anda ingin ajarkan. Anda boleh melayari internet, terdapat banyak
perkongsian daripada tenaga pengajar berkenaan tajuk yang akan anda ajarkan.
5.
Anda perlu ada
kemahiran untuk berkomunikasi dengan pelajar anda. Komunikasi ini
penting untuk mewujudkan perhubungan yang mesra. Sesi awal anda harus dimulakan
dengan perbualan mesra dalam mengenali karakter pelajar anda. Bila anda dapat
luangkan masa untuk mengenalinya, ini akan memudahkan anda untuk mengajarnya
dengan baik.
6.
Anda perlu
sentiasa bermotivasi. Anda perlu menunjukkan kesungguhan
anda mengajar pada hari berkenaan. Jika ada masalah peribadi jangan sampai hal
itu memberi kesan kepada kelas anda pada waktu berkenaan. Anda juga perlu
sentiasa memberi motivasi kepada pelajar kerana tanpa motivasi proses
pengajaran dan pembelajaran tidak akan berlaku sebaiknya.
7.
Anda perlu sampai di
rumah pelajar tepat pada masanya supaya kredibialiti anda sebagai seorang
pendidik terjaga. Jika ada hal di luar jangka, maklumkan agar pelajar tidak
tertunggu-tunggu kedatangan anda.
No comments:
Post a Comment